(data untuk musim haji 2016, namun relevant setiap tahun)
#kakjidashares
SEP 28, 2016
www.elsajida.com
Tahukah
anda? Kalau anda baru mendaftar haji dalam masa terdekat ini, giliran
anda menunaikan Haji adalah pada tahun 2100 ke atas? (Diberitahu dalam
kursus Haji Perdana baru-baru ini.) Sanggup anda menunggu sepanjang
tempoh itu?
.
.
Jangan
risau. Itu cuma anggaran tahun. Tak mustahil boleh dipercepatkan lagi
dengan izin Allah. Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang
boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau
sekurang-kurangnya untuk “lajukan” giliran kita. Cara-cara ni semuanya
inshaAllah boleh dilakukan oleh anda semua. Saya tulis ringkas dalam
bentuk point sahaja ya, supaya lebih jelas dan mudah difahamkan. Ada 4
langkah semuanya;
.
.
*1) Buka akaun Tabung Haji.*
.
.
*2) Daftar Haji. Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji.*
Kemudian
anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji.
Lokasi untuk mendaftar: Di mana-mana cawangan TH, laman web TH, Cawangan
Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB
.
.
*3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k.*
Mungkin
part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang
betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu
tidak lama jika kita konsisten menabung. (Contoh cara menabung akan
diberitahu di akhir artikel).
.
.
*4)
a) Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat
rayuan.* Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi
kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah
mencukupi untuk membayar pembiayaan haji. Dikhuatiri jika rayuan
diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan
perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu
RM10k tersebut di dalam akaun anda.
*b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji.*
Anda
perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka
sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat
rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu
meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan
dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan
anda).
*c)
Kalau anda nak tahu, untuk Haji tahun ini tahun 2016,* ada sekitar 2500
orang sekitar Lembah Klang yang dijadualkan akan menunaikan haji, namun
selepas ujian pemeriksaan kesihatan, 60% tidak lulus (atas faktor
kesihatan) dan tidak dapat meneruskan proses seterusnya untuk menunaikan
haji. Bermakna, ada banyak kuota baru yang kini kosong! Itu baru cerita
di Lembah Klang, pastinya setiap negeri setiap daerah akan ada kuota
kosong yang perlu diganti dengan orang lain. Mungkinkah anda orangnya?
Tak mustahil. :)
*d) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian.*
Iaitu
apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada
tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya
mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga
perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di
dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.
*e) Nak lagi kuota kosong?*
Yang
ini mungkin tidak terlalu banyak, tetapi biasanya tetap ada, iaitu
wanita yang hamil sebelum berangkat menunaikan haji. Jika dia sepatutnya
menunaikan haji pada tahun sekian-sekian, tetapi ditakdirkan dia hamil
sebelum berangkat, maka pihak Tabung Haji tidak akan membenarkannya
menunaikan haji. Jadi akan ada lagi kuota kosong untuk anda.
.
.
Jadi
jelaslah di sini bahawa sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk anda
mendapatkan kuota haji dan tidak perlu menunggu giliran tahun yang
asalnya ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk anda. Boleh jadi giliran
anda pada asalnya ialah tahun 2048, tapi pada tahun 2018 anda sudah
berjaya mendapatkan giliran setelah membuat rayuan. Tidak mustahil,
dengan izin Allah.
.
.
Tentang
bilakah tahun yang anda akan dapat tu, ia bergantung kepada Allah,
Allah melihat usaha kita, dan percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan
setiap usaha hambaNya. Namun jika giliran itu tetap juga tidak datang
seawal yang anda harapkan, usahlah kecewa, teruskan berusaha, teruskan
membuat rayuan SETIAP TAHUN dan yang pasti, berdoalah di sepertiga malam
tentang hasrat anda untuk mengunjungi rumahNya, buktikan anda
betul-betul mahu ke sana.
.
.
Ibadah
haji bukan milik orang kaya. Ia milik semua. Ada orang kaya yang tidak
dapat pergi kerana masalah kesihatan, ada orang yang kurang kaya tapi
dapat juga akhirnya menunaikan haji kerana gigih menabung serta tidak
henti berdoa. Allah yang berhak pilih siapakah tetamuNya, maka
buktikanlah kepada Dia bahawa anda sungguh-sungguh mahu ke sana dengan
segera, ketika umur masih muda dan jasad masih kuat.
.
.
Nota cara menabung secara ringkas:
.
.
*1) Untuk menabung dalam tempoh 8 tahun:*
RM25
seminggu atau sehari RM3.60 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52
minggu. Setahun= RM25 x 52 minggu = RM1300. RM1300 x 8 tahun = RM10400).
Atau, nak lagi cepat?
.
.
*2) Untuk menabung dalam tempoh 4 tahun:*
RM50
seminggu atau sehari RM7.14 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52
minggu. Setahun= RM50 x 52 minggu = RM2600. RM2600 x 4 tahun = RM10400).
.
.
Kesimpulannya
kalau sekarang umur anda masih di awal 20-an, tak mustahil sebelum umur
30 anda sudah boleh menunaikan haji, atau selewat-lewatnya sebelum anda
mencecah 40 tahun, inshaAllah fizikal masih sihat ketika itu.
.
.
P/s:
Atau nak cara lebih cepat untuk dapat kuota haji, kahwinlah dengan
orang yang giliran hajinya tidak lama lagi. ;) Jika suami sahaja yang
mendapat tawaran, isteri boleh buat rayuan dan kebiasaannya pihak Tabung
Haji akan luluskan permohonan tersebut tapi pastikan RM10k tersedia di
dalam akaun Tabung Haji. Dan untuk kes isteri (yang berumur 44 tahun ke
bawah) yang mendapat tawaran haji, suami tak perlu risau kerana secara
automatik suami akan dapat pergi bersama isteri kerana si isteri wajib
ada mahram.
.
.
Silakan share untuk manfaat bersama atau sebagai rujukan anda pada masa hadapan.
.
.
*[Edited: Tambahan tips dari saudara Syafiq Kamil.*
-->
Saya berminat untuk tambah info sikit. Bagi yang nak daftar haji, tapi
belum cukup wang permulaan sebanyak RM1300, anda hanya perlu print
penyata KWSP anda yang terkini dan bawa bersama ketika mendaftar di
kaunter TH. Buka akaun TH cuma bayar RM10, manakala daftar haji pula
PERCUMA (asalkan ada penyata KWSP). Yang penting daftar siap2,
insyaAllah rezeki akan datang kemudian. Dah cuba, memang senang. Pihak
TH juga minta war-warkan perkara ini. Terima kasih.
**
Best kan tips ni? Semoga tips ni dapat memberi manfaat kepada semua ya,
Yang penting JANGAN LELAH UNTUK USAHA. InsyaALLAH, ALLAH suka tengok
niat hambaNYA yang suka berusaha. Lagi lagi usaha niat nak ke kota yang
sangat suci ni. Aminnn **
No comments:
Post a Comment